Tuesday 31 March 2015

SAPS (Intan)

Alamat : https://www.saps.com

Kegunaan  SAPS
  • SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD.  Ia digunakan untuk mengurangkan masalah mengisi data peperiksaan sekolah dan juga menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).
  • Digunakan untuk mengakses sistem kemasukkan dan mengemaskini maklumat kelas. Selain itu, untuk memasukkan markah-markah peperiksaan pelajar . Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun sahaja dan guru mata pelajaran memasukkan markah selepas peperiksaan.
Kelebihan Menggunakan SAPS
  • Perkhimatan ini dapat melihat prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sekolah samada di bandar atau di luar bandar. Ia  boleh mengukur pencapaian sesebuah sekolah dan dapat mengesan kelemahan murid.
  • Ia juga dapat mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan. Dengan adanya perkhimatan seperti ini, masalah dalam mengisi data dapat dikurangkan. Dengan itu, ibu bapa boleh melihat prestasi anak-anak.

Keburukan Menggunakan SAPS
  • Kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan menjadi "CRASH" atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem SAPS.

No comments:

Post a Comment