Wednesday, 1 July 2015

Mengenal Jenis-Jenis Antara Muka

Assalammualaikum. Hari ini saya akan kongsikan jenis-jenis antara muka. Antara muka mempunyai 6 jenis dan ianya berlainan. 


Antara Muka Baris Arahan (Command Line Interface)
  • Pengguna menyediakan input dengan menaip satu arahan pada papan kekunci komputer dan sistem bertindak dengan memaparkan teks pada monitor komputer


 Antara Muka Grafik (Graphical User Interface)
  • Antara muka grafik menerima input melalui peranti seperti papan kekunci komputer dan tetikus dan menyediakan output grafik pada monitor komputer.
  • Antara muka grafik digunakan untuk manipulasi ikon secara terus dengan menggerakkan sesuatu peranti contohnya tetikus untuk melaksanakan tugas tertentu. Sebagai contoh, memindahkan satu fail dari satu folder ke dalam folder yang lain dengan menggunakan tetikus.



Antara Muka Berpandukan Menu (Menu Driven User Interface)

  •  Antara muka berpandukan menu  berbeza daripada antara muka baris arahan.  
  • Antara muka menu yang didorong menyediakan menu grafik, manakala antara muka baris arahan memerlukan pengguna untuk menaip dalam tindakan tertentu dalam baris arahan. Antara muka berpandukan menu yang didorong tidak memerlukan pengguna untuk menghafal perintah, yang membuat navigasi lebih mudah untuk pengguna. Oleh itu, pengguna memerlukan latihan sedikit apabila menggunakan antara muka berpandukan menu yang didorong oleh. Antara muka berpandukan menu yang didorong juga memerlukan sedikit kuasa pemprosesan komputer, jadi mereka boleh cepat dimuatkan pada kebanyakan peranti.



Antara Muka Segera (Prom User Interface)
  • Antaramuka segera mempercepatkan pengguna untuk memasukkan input, meminta maklumat serta pergi ke langkah yang seterusnya. Sebagai contoh, komputer meminta pengguna untuk memasukkan ID pengguna dan kata laluan untuk terus pergi ke antaramuka yang berikutnya.




Antara Muka Melalui Suara ( Voice User Interface)
            
  • Antaramuka melalui suara membenarkan pengguna berinteraksi dengan menggunakan aplikasi bahasa percakapan.
  • Elemen-elemen VUI termasuklah prompts, tatabahasa, dan dialogue logic. 
  • Segala rakaman atau ucapan yang telah disintesis dimainkan kepada pengguna semasa dialog
  • Seterusnya, tatabahasa akan mengenalpasti segala respon yang diucapkan oleh pengguna. Namun, sistem hanya akan memahamai perkatan-perkataan, ayat serta frasa yang telah sedia ada di dalam tatabahasa.



Antara Muka Pelbagai Modal Pengguna (Multi Modal User Interface)
  • Antaramuka Pelbagai Modal Pengguna merujuk kepada interaksi antara maya dan persekitaran fizikal melalui komunikasi mod semula jadi.
  • Secara lebih spesifik, sistem pelbagai modal menyediakan persekitaran yang lebih fleksibel, efisyen, dan boleh digunakan bagi membenarkan pengguna untuk berinteraksi melalui kaedah input seperti ucapan, tulisan, isyarat tangan dan pandangan.








No comments:

Post a Comment