Monday 13 April 2015

Garena.com (Shafiq)

Alamat : https://www.garena.com

Pengenalan kepada Garena.com

  • Website ini diberi nama Garena ( Connecting world games ) . Website ini mempunyai beberapa jenis games .Ia mempunyai lapan jenis games antaranya ialah Blackshot, League Of Legend, Fifa Online 3, Horn dan banyak lagi . Kebanyakkan games ini telah disediakan oleh Garena kini disanjung tinggi oleh pemain-pemain games online diseantero dunia.
  • Aplikasi ini bukan sahaja menyediakan game yang menarik. Ia juga menyediakan beberapa aplikasi yang memudahkan kita berkomunikasi bersama rakan kita ketika pengguna sedang berada di dalam game. Aplikasi tersebut dinamakan “G-Talk” atau “Garena Talk”. Ia memudahkan pengguna berhubung dalam bentuk suara atau melalui pesanan . Ia juga boleh dimasuki ramai orang tetapi kebiasaannya ia akan dimasuki 5 orang sahaja. Hal ini demikian kerana game yang disediakan kebanyakkannya berlawan secara 5 lawan 5 seperti game League Of Legend ( LOL ).
  • Selain itu , aplikasi ini juga menyediakan aplikasi Garena Plus bagi memudahkan kita menambah rakan baru dan menghantar pesanan ringkas kepada rakan secara privasi. Kebiasaannya orang akan menggunakan aplikasi ini di komputer ataupun laptop kerana ingin terus bermain game. Pengguna juga boleh memiliki aplikasi ini di telefon . Ia diberi nama GAS . Ia boleh dimiliki oleh pengguna Apple  atau Android. Ia membenarkan pengguna berhubung dengan rakan tetapi tidak boleh bermain game seperti yang boleh dilakukan di komputer atau laptop


No comments:

Post a Comment